MANIPAL MINI
MALAYSIA
18 Mac 2013 , tarikh dimana
saya dan 10 orang rakan mula menjejakkan kaki di bumi India iaitu di Lapangan
Terbang Bangalore pada pukul 1130 malam .Setibanya saya di Airport
Bangalore, kami harus menunggu penerbangan seterusnya ke Mangalore pada
keesokkannya harinya . Penerbangan kami dijadualkan pada pukul 730 pagi. Maka,
kami ada lebih kurang 8 jam untuk “memerhati” keadaan sekeliling kami sekitar
di Airport Bangalore yang kami kira agak asing kerana terlalu “excited” sampaikan
enggan tidur bagi “membunuh” masa 8 Jam tersebut.
Tepat
jam pukul 5 pagi, masing masing tertanya-tanya “ Subuh pukul berapa ehh ? “
..... “Nak solat kat mana ehh ?... semua buntu kerana tidak tahu untuk
bertanyakan soalan ini kepada siapa ? Mahu menghubungi senior, kami tiada
nombor telefon yang menggunakan talian India, apabila tanya “Pak Guard”, mereka
pun tidak tahu bila kerana mereka bukanlah penganut agama Islam,lalu, kami
mengambil keputusan untuk agak-agak sahaja. “ okay, kita solat pukul 530 pagi ,
mungkin waktu dah masuk. “
Jadi,mulalah aktiviti membentang kain pelikat
diatas lantai lapangan terbang Bangalore ,menghulurkan kaki ke mangkuk sinki ,
dan paling ‘awkward’ banyak mata mata yang memerhati dengan penuh hairan . I
feel awesome . Indahnya Islam boleh solat dimana-mana . Itulah pengalaman
pertama saya solat di atas lantai secara publik. Selepas itu kami bertolak ke
Mangalore dengan menaiki penerbangan “Jet Konnect” .
Bersama Rakan rakan seperjuangan,Sir Razib dan Madam
Rozila saat sebelum berangkat
Kenderaan yang digunakan untuk ke Mangalore dari LP
Bangalore
Setibanya
kami di Lapangan Terbang Mangalore, Kami disambut mesra oleh senior-senior
pelajar Malaysia dari Kasturba Medical College (KMC) , AB Shetty Dental
College, Yenepoya University dan banyak lagi yang saya kira terpancar seribu
keikhlasan pada wajah mereka dalam menyambut kedatangan kami. Kami turut
gembira atas kesungguhan mereka yang sudi turun untuk menyambut kami yang masih
‘freshie’ tentang India.
Seterus
itu, kami dijadualkan untuk ke Manipal dari lapangan terbang Mangalore dengan
menaiki Bas milik Manipal University,iaitu tempat di mana kami bakal berjuang
untuk menimba ilmu perubatan. “pin pon pin pon “ .... Ohh , bunyi ini . Bunyi
yang pertama saya dengar setibanya saya di jalan raya . hahaha. Bunyi hon tidak
henti henti . Di India ini sangat terkenal dengan bunyi hon apabila anda berada
di jalan raya. Keadaan ini bukanlah satu benda yang biadab di India, tetapi
ianya atas tujuan keselamatan. Pada saya, ianya sangat efektif untuk
mengelakkan kemalangan kerana cara “tempe” (tempe=orang tempatan) memandu
kenderaan disini agak ‘ganas’ dan “buas”.
Perjalanan
ke Manipal mengambil masa selama 1 jam 45 minit -2 jam . Setibanya kami di
Manipal kami dibawa ke hotel milik Manipal University untuk dihidangkan
makanan. Rata-rata kami semua dalam keadaan kebuluran kerana tidak makan
setibanya di lapangan terbang Bangalore atas sebab tidak tahu samada makanan
itu halal atau tidak. Sejurus dari itu, kami dibawa ke hostel kami dan
diberikan rehat .
Mungkin,
anda tertanya-tanya apakah itu Manipal ?
Manipal
adalah satu perkampungan di Karnataka terletak di Daerah Udupi. Bahasa yang digunakan
oleh “tempe” disini adalah Kannada dan Hindi. Tetapi disebabkan ramai pelajar
dari luar negara yang menuntut ilmu disini, In Shaa Allah , anda tidak perlu
risau untuk bertutur dengan mereka kerana mereka sangat fasih dalam bahasa
Inggeris. Manipal mempunyai 2 musim. Dari bulan 1-6 , Manipal akan mengalami
musim panas, dimana suhu secara kasarnya mencecah 33 darjah celcius . Manakala
, bermula dari bulan 6-12 , Manipal akan dibasahi dengan hujan yang tidak henti
henti atau dikenali sebagai musim Monsuun. Pada musim Monsuun, suhu sekeliling
akan mencecah sekitar 24 darjah celcius.
Kenderaan
?
Secara jujurnya, bagi yang
tinggal di hostel, anda mungkin tidak memerlukan kenderaan, kerana jarak ke
dewan kuliah adalah dekat. Sekiranya anda berjalan kaki untuk ke dewan kuliah,
anda akan mengambil masa lebih kurang 5 minit . Untuk ke kedai membeli barang
keperluan, perpustakaan , restoran semuanya juga tidak perlu dirisaukan kerana
semuanya “within walking distance” juga . Cuma, untuk ke masjid anda mungkin memerlukan
kenderaan untuk ke sana. Selalunya, pelajar disini akan membeli sebuah motor
bagi memudahkan perjalanan mereka ke masjid untuk solat, terutamanya solat
jumaat. Sekiranya anda “tersaiko” dengan keadaan jalan raya di Manipal dan anda
berasa takut untuk membawa motor, anda mungkin boleh menggunakan perkhidmatan
“auto” atau “tuk tuk “ yang boleh didapati dimana mana sekitar Manipal untuk ke
destinasi anda .
Makan ?
Alhamdulillah,
satu perkara yang saya amat suka tentang Manipal ini adalah makanan. Disini,
senang untuk dapatkan makanan Malaysia, kerana ada tempe yang pandai memasak
makanan Malaysia. Terubatlah sikit rindu pada makanan Malaysia walaupun rasanya
tidak sama seperti air tangan orang Malaysia. Banyak juga pelajar-pelajar
Malaysia yang bukan dari Universiti kami datang kemari semata-mata untuk
melepaskan rindu pada makanan Malaysia seperti Nasi Lemak, Nasi Ayam, Nasi
kerabu, Ayam masak lemak, Nasi Tomato dan banyak lagi. Anda patut rasa
beruntung kerana anda ditempatkan di Manipal kerana kos hidup disini rendah dan
makanan halal mudah untuk diperolehi. Untuk mengetahui restoran-restoran yang
menyediakan makanan halal atau tidak, jangan khuatir, senior-senior akan
menyebarkan kertas yang mengandungi list-list restoran yang selamat dan tidak selamat.
Ekonomi ?
Anda
mungkin akan mengalami kejutan sekejap apabila anda sampai di Manipal kerana
banyak barang barang disini dijual dengan harga yang murah, terutamanya
makanan. Buku-buku dan alat tulis juga dijual dengan harga yang sangat murah. 3
kali ganda murahnya dari buku buku di Malaysia. Sekiranya anda dibawah tajaan
JPA atau MARA, pihak penaja akan memberi sebanyak 500 USD sebulan. Apabila
ditukarkan dalam matawang India,lebih kurang sebanyak 25, 000 Rupees bergantung
pada kadar matawang semasa. Daripada 25,000 Rupees itu, mungkin anda akan
menggunakan sebanyak 150 Rupees untuk kegunaan makan, barang keperluan,buku,
topap, dan jalan jalan. 10000 rupees boleh disimpan. Lama lama anda boleh jadi
orang kaya India, tetapi selalunya banyak senior akan menggunakan duit simpanan
tersebut untuk menimba seribu pengalaman di India dengan melancong ke Taj Mahal
atau ke Utara India seperti Shimla,
Manali, Agra dan banyak lagi. Ataupun, ada juga yang menunaikan Umrah dengan
menggunakan duit tersebut.
Sistem Pembelajaran :
Sebagai
seorang pelajar perubatan, anda memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Jadual
kelas agak padat tetapi In shaa Allah, saya pasti dengan niat suci murni anda
untuk mendalami ilmu-Nya , In Shaa Allah, anda tidak akan rasa jemu belajar kerana
setiap hari anda akan belajar tentang hebatnya ciptaan Allah. Disini, kami
diwajibkan untuk mengambil 3 subjek iaitu Anatomy, Biochemistry dan Physiology.
Kelas akan berlansung pada setiap hari kecuali Ahad. Secara amnya, kelas akan
bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 4/5 petang kecuali pada hari
sabtu pada pukul 1230 petang. Setiap minggu anda akan diuji tahap kefahaman
anda dengan menduduki “test” yang disediakan para pensyarah. Anda akan
mempunyai 4 semester atau lebih dikenali sebagai 4 blocks. Dimana disetiap
block, pihak universiti telah membahagikan sillibus-sillibusnya yang tersendiri
untuk anda pelajari. Pada penghujung setiap block, anda akan menduduki
peperiksaan “Final Block” . keempat –empat Final Block tersebut akan menyumbang
sebanyak 30 % kepada sistem pemarkahan First Year Final Exam. First Year Final
Exam pula adalah peperiksaan tahun akhir bagi menentukan anda layak atau tidak
untuk meneruskan pembelajaran ke tahap seterusnya , iaitu tahun 2.
Hostel :
Alhamdulillah,
hostel agak selesa. Kami diwajibkan untuk menetap disini selama setahun,
selepas itu kami dibenarkan untuk tinggal di luar hostel atau tetap menetap
disini. Disini disediakan sistem dobi . Pekerja dobi tersebut akan pergi ke
bilik anda untuk mengambil baju-baju kotor untuk dibasuh dan akan menghantarnya
semula 2-3 hari kemudian. Bayaran dikira melalui jumlah pakaian yang diberikan.
Disini juga disediakan “cleaner” untuk membersihkan bilik anda, mereka akan
mengetuk pintu bilik anda dan akan menanyakan samada anda ingin mereka
membersihkan bilik anda atau tidak. Perkhidmatan mereka tidak perlu dibayar
kerana pihak Universiti sudah membayar mereka. Seronokkan ?
End Point sebuah taman rekreasi
di Manipal yang sangat cantik-
Inilah secara dasarnya apa yang saya boleh ceritakan tentang Manipal setakat ini, harap ianya membantu. Mungkin tidak banyak, tapi mungkin akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk ke sini dan tidak sabar sabar . Pesanan saya, anda tidak perlulah mengharapkan yang baik baik sahaja sebelum anda datang kesini, tetapi anda “expect” dahulu rendah serendahnya, supaya apabila anda datang kesini anda akan terkejut bertapa bestnya Manipal ini :)
“Manipal Mini Malaysia “ , apa yang saya
maksudkan ialah , Manipal boleh dikatakan sebagai salah sebuah tempat di India
yang mempunyai jumlah pelajar Malaysia yang sangat ramai. Dimana-mana sahaja
anda boleh nampak pelajar Malaysia di Manipal ini. Selamat bertemu di Manipal.
“Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan “
bergambar di hadapan perpustakaan
Manipal yang sangat besar dan cantik
Menghirup suasana petang di Malpe Beach yang terletak
15 minit dari Manipal
Pengalaman solat diatas batu bertemankan bunyi air
terjun yang sangat menyenangkan
Pengalaman ber “mukhayyam “ di Kudremukh, berbukit
bakau , sangat indah
Hasil
Karya ,
Muhd
Khairullah Bin Muhamad
Pelajar
tahun satu perubatan,
Melaka
Manipal Medical College (Manipal Campus),
Udupi,
Karnataka ,India
Salam, boleh tahu apa pathway untum belajar di manipal universiti india?
ReplyDelete