Saturday, August 17, 2013

Manipal,India (part 2 )

MANIPAL MINI MALAYSIA
 18 Mac 2013 , tarikh dimana saya dan 10 orang rakan mula menjejakkan kaki di bumi India iaitu di Lapangan Terbang Bangalore pada pukul 1130 malam .Setibanya saya di Airport Bangalore, kami harus menunggu penerbangan seterusnya ke Mangalore pada keesokkannya harinya . Penerbangan kami dijadualkan pada pukul 730 pagi. Maka, kami ada lebih kurang 8 jam untuk “memerhati” keadaan sekeliling kami sekitar di Airport Bangalore yang kami kira agak asing kerana terlalu “excited” sampaikan enggan tidur bagi “membunuh” masa 8 Jam tersebut.
Tepat jam pukul 5 pagi, masing masing tertanya-tanya “ Subuh pukul berapa ehh ? “ ..... “Nak solat kat mana ehh ?... semua buntu kerana tidak tahu untuk bertanyakan soalan ini kepada siapa ? Mahu menghubungi senior, kami tiada nombor telefon yang menggunakan talian India, apabila tanya “Pak Guard”, mereka pun tidak tahu bila kerana mereka bukanlah penganut agama Islam,lalu, kami mengambil keputusan untuk agak-agak sahaja. “ okay, kita solat pukul 530 pagi , mungkin waktu dah masuk. “
 Jadi,mulalah aktiviti membentang kain pelikat diatas lantai lapangan terbang Bangalore ,menghulurkan kaki ke mangkuk sinki , dan paling ‘awkward’ banyak mata mata yang memerhati dengan penuh hairan . I feel awesome . Indahnya Islam boleh solat dimana-mana . Itulah pengalaman pertama saya solat di atas lantai secara publik. Selepas itu kami bertolak ke Mangalore dengan menaiki penerbangan “Jet Konnect”  .


Bersama Rakan rakan seperjuangan,Sir Razib dan Madam Rozila saat sebelum berangkat


 Kenderaan yang digunakan untuk ke Mangalore dari LP Bangalore


Setibanya kami di Lapangan Terbang Mangalore, Kami disambut mesra oleh senior-senior pelajar Malaysia dari Kasturba Medical College (KMC) , AB Shetty Dental College, Yenepoya University dan banyak lagi yang saya kira terpancar seribu keikhlasan pada wajah mereka dalam menyambut kedatangan kami. Kami turut gembira atas kesungguhan mereka yang sudi turun untuk menyambut kami yang masih ‘freshie’ tentang India. 
Seterus itu, kami dijadualkan untuk ke Manipal dari lapangan terbang Mangalore dengan menaiki Bas milik Manipal University,iaitu tempat di mana kami bakal berjuang untuk menimba ilmu perubatan. “pin pon pin pon “ .... Ohh , bunyi ini . Bunyi yang pertama saya dengar setibanya saya di jalan raya . hahaha. Bunyi hon tidak henti henti . Di India ini sangat terkenal dengan bunyi hon apabila anda berada di jalan raya. Keadaan ini bukanlah satu benda yang biadab di India, tetapi ianya atas tujuan keselamatan. Pada saya, ianya sangat efektif untuk mengelakkan kemalangan kerana cara “tempe” (tempe=orang tempatan) memandu kenderaan disini agak ‘ganas’ dan “buas”.

Perjalanan ke Manipal mengambil masa selama 1 jam 45 minit -2 jam . Setibanya kami di Manipal kami dibawa ke hotel milik Manipal University untuk dihidangkan makanan. Rata-rata kami semua dalam keadaan kebuluran kerana tidak makan setibanya di lapangan terbang Bangalore atas sebab tidak tahu samada makanan itu halal atau tidak. Sejurus dari itu, kami dibawa ke hostel kami dan diberikan rehat .
Mungkin, anda tertanya-tanya apakah itu Manipal ?
Manipal adalah satu perkampungan di Karnataka terletak di Daerah Udupi. Bahasa yang digunakan oleh “tempe” disini adalah Kannada dan Hindi. Tetapi disebabkan ramai pelajar dari luar negara yang menuntut ilmu disini, In Shaa Allah , anda tidak perlu risau untuk bertutur dengan mereka kerana mereka sangat fasih dalam bahasa Inggeris. Manipal mempunyai 2 musim. Dari bulan 1-6 , Manipal akan mengalami musim panas, dimana suhu secara kasarnya mencecah 33 darjah celcius . Manakala , bermula dari bulan 6-12 , Manipal akan dibasahi dengan hujan yang tidak henti henti atau dikenali sebagai musim Monsuun. Pada musim Monsuun, suhu sekeliling akan mencecah sekitar 24 darjah celcius.
Kenderaan ?
Secara jujurnya, bagi yang tinggal di hostel, anda mungkin tidak memerlukan kenderaan, kerana jarak ke dewan kuliah adalah dekat. Sekiranya anda berjalan kaki untuk ke dewan kuliah, anda akan mengambil masa lebih kurang 5 minit . Untuk ke kedai membeli barang keperluan, perpustakaan , restoran semuanya juga tidak perlu dirisaukan kerana semuanya “within walking distance” juga . Cuma, untuk ke masjid anda mungkin memerlukan kenderaan untuk ke sana. Selalunya, pelajar disini akan membeli sebuah motor bagi memudahkan perjalanan mereka ke masjid untuk solat, terutamanya solat jumaat. Sekiranya anda “tersaiko” dengan keadaan jalan raya di Manipal dan anda berasa takut untuk membawa motor, anda mungkin boleh menggunakan perkhidmatan “auto” atau “tuk tuk “ yang boleh didapati dimana mana sekitar Manipal untuk ke destinasi anda .




Makan ?
Alhamdulillah, satu perkara yang saya amat suka tentang Manipal ini adalah makanan. Disini, senang untuk dapatkan makanan Malaysia, kerana ada tempe yang pandai memasak makanan Malaysia. Terubatlah sikit rindu pada makanan Malaysia walaupun rasanya tidak sama seperti air tangan orang Malaysia. Banyak juga pelajar-pelajar Malaysia yang bukan dari Universiti kami datang kemari semata-mata untuk melepaskan rindu pada makanan Malaysia seperti Nasi Lemak, Nasi Ayam, Nasi kerabu, Ayam masak lemak, Nasi Tomato dan banyak lagi. Anda patut rasa beruntung kerana anda ditempatkan di Manipal kerana kos hidup disini rendah dan makanan halal mudah untuk diperolehi. Untuk mengetahui restoran-restoran yang menyediakan makanan halal atau tidak, jangan khuatir, senior-senior akan menyebarkan kertas yang mengandungi list-list restoran yang selamat dan tidak selamat.




Ekonomi ?
Anda mungkin akan mengalami kejutan sekejap apabila anda sampai di Manipal kerana banyak barang barang disini dijual dengan harga yang murah, terutamanya makanan. Buku-buku dan alat tulis juga dijual dengan harga yang sangat murah. 3 kali ganda murahnya dari buku buku di Malaysia. Sekiranya anda dibawah tajaan JPA atau MARA, pihak penaja akan memberi sebanyak 500 USD sebulan. Apabila ditukarkan dalam matawang India,lebih kurang sebanyak 25, 000 Rupees bergantung pada kadar matawang semasa. Daripada 25,000 Rupees itu, mungkin anda akan menggunakan sebanyak 150 Rupees untuk kegunaan makan, barang keperluan,buku, topap, dan jalan jalan. 10000 rupees boleh disimpan. Lama lama anda boleh jadi orang kaya India, tetapi selalunya banyak senior akan menggunakan duit simpanan tersebut untuk menimba seribu pengalaman di India dengan melancong ke Taj Mahal atau ke Utara India seperti  Shimla, Manali, Agra dan banyak lagi. Ataupun, ada juga yang menunaikan Umrah dengan menggunakan duit tersebut.




Sistem Pembelajaran :
Sebagai seorang pelajar perubatan, anda memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Jadual kelas agak padat tetapi In shaa Allah, saya pasti dengan niat suci murni anda untuk mendalami ilmu-Nya , In Shaa Allah, anda tidak akan rasa jemu belajar kerana setiap hari anda akan belajar tentang hebatnya ciptaan Allah. Disini, kami diwajibkan untuk mengambil 3 subjek iaitu Anatomy, Biochemistry dan Physiology. Kelas akan berlansung pada setiap hari kecuali Ahad. Secara amnya, kelas akan bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 4/5 petang kecuali pada hari sabtu pada pukul 1230 petang. Setiap minggu anda akan diuji tahap kefahaman anda dengan menduduki “test” yang disediakan para pensyarah. Anda akan mempunyai 4 semester atau lebih dikenali sebagai 4 blocks. Dimana disetiap block, pihak universiti telah membahagikan sillibus-sillibusnya yang tersendiri untuk anda pelajari. Pada penghujung setiap block, anda akan menduduki peperiksaan “Final Block” . keempat –empat Final Block tersebut akan menyumbang sebanyak 30 % kepada sistem pemarkahan First Year Final Exam. First Year Final Exam pula adalah peperiksaan tahun akhir bagi menentukan anda layak atau tidak untuk meneruskan pembelajaran ke tahap seterusnya , iaitu tahun 2.






Hostel :
Alhamdulillah, hostel agak selesa. Kami diwajibkan untuk menetap disini selama setahun, selepas itu kami dibenarkan untuk tinggal di luar hostel atau tetap menetap disini. Disini disediakan sistem dobi . Pekerja dobi tersebut akan pergi ke bilik anda untuk mengambil baju-baju kotor untuk dibasuh dan akan menghantarnya semula 2-3 hari kemudian. Bayaran dikira melalui jumlah pakaian yang diberikan. Disini juga disediakan “cleaner” untuk membersihkan bilik anda, mereka akan mengetuk pintu bilik anda dan akan menanyakan samada anda ingin mereka membersihkan bilik anda atau tidak. Perkhidmatan mereka tidak perlu dibayar kerana pihak Universiti sudah membayar mereka. Seronokkan ?




  End Point sebuah taman rekreasi di Manipal yang sangat cantik-




Inilah secara dasarnya apa yang saya boleh ceritakan tentang Manipal setakat ini, harap ianya membantu. Mungkin tidak banyak, tapi mungkin akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk ke sini dan tidak sabar sabar . Pesanan saya, anda tidak perlulah mengharapkan yang baik baik sahaja sebelum anda datang kesini, tetapi anda “expect” dahulu rendah serendahnya, supaya apabila anda datang kesini anda akan terkejut bertapa bestnya Manipal ini :)
 “Manipal Mini Malaysia “ , apa yang saya maksudkan ialah , Manipal boleh dikatakan sebagai salah sebuah tempat di India yang mempunyai jumlah pelajar Malaysia yang sangat ramai. Dimana-mana sahaja anda boleh nampak pelajar Malaysia di Manipal ini. Selamat bertemu di Manipal. “Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan “





   bergambar di hadapan perpustakaan Manipal yang sangat besar dan cantik 





Menghirup suasana petang di Malpe Beach yang terletak 15 minit dari Manipal 


                                 


Pengalaman solat diatas batu bertemankan bunyi air terjun yang sangat menyenangkan



  Pengalaman ber “mukhayyam “ di Kudremukh, berbukit bakau , sangat indah 


Hasil Karya ,
Muhd Khairullah Bin Muhamad
Pelajar tahun satu perubatan,
Melaka Manipal Medical College (Manipal Campus),
Udupi, Karnataka ,India

1 comment:

  1. Salam, boleh tahu apa pathway untum belajar di manipal universiti india?

    ReplyDelete