Dulu, sewaktu bersama sama dalam perjuangan A-Level,
Engkau tiba tiba menjadi lemah, seakan hilang semangat dan motivasi,
aku tertanya tanya,
tetapi aku tidak tahu apakah penyebab engkau menjadi rentan
aku cuba selami dirimu,
ternyata sekiranya aku ditempat kamu pasti aku jua akan menjadi sepertimu
aku tak tahu apa yang patut aku lakukan untuk mengembalikan semangat mu,
puas aku cuba bermacam macam cara,
tetapi mungkin sewaktu itu, engkau masih terkejut
tidak mengapa ,Aku Faham.
Sewaktu, keputusan A-Level dikeluarkan
aku tahu kau tiada kekuatan untuk menyemak,
aku juga merasakan sebegitu kerana A-Level telah memberikan kesan terbesar dalam hidup aku
tidak mengapa. Aku Faham
kau memberitahu aku, bahawa kau tidak ada rezeki mencapai syarat yang JPA tetapkan
aku sedih. Tetapi, aku tidak menunjukkan bertapa sedihnya aku
aku tidak mahu kesedihan aku menjatuhkan semangat kau
Kau pun tidak menunjukkan bahawa kau sedang bersedih.
Kau kuat
Aku tanya , apa perancangan kau selepas itu
kau terdiam . terkadang kata mahu mengambil STPM, terkadang mahu mengulang semula A-Level dan sebagainya
aku takut, secara jujurnya aku takut sekiranya perkara yang sama berulang
aku mencadangkan supaya kau ambil asasi sahaja, kerana mungkin ianya lebih mudah
tetapi engkau tetap berkeras mahu mengulang A-Level
Tidak mengapa. Aku Faham.
Aku sokong mana mana pun
Sewaktu ,aku di India, aku tidak henti henti menghubungi kau
paling kurang seminggu sekali
bertanyakan bagaimana perjalanan setakat ini,
aku mahu kau tahu bahawa aku begitu mengambil berat
begitu aku percaya kau boleh lakukan
aku gembira apabila mendengar itonasi suara kau
begitu bersemangat dan yakin
tidak seperti dahulu
mungkin penyebab engkau menjadi lemah dahulu telah menjadi penyebab untuk engkau menjadi kuat sekarang
aku gembira
suatu hari, hati aku ini terdetik mahu menghubungi kau
rasa macam nak cakap dengan kau,
walaupon esok pagi aku ada peperiksaan
aku berhenti kejap belajar
aku tanya kau,
" kau dah "apply " apa dah untuk ambil medic nanti ?"
kau membalas bahawa kau tak buat apa apa lagi
aku percaya, kau sedang menipu aku,
"there's no way you can lie to me" aku membalas
aku kenal kau, aku tahu macam mana bila kau menipu dan bercakap benar
lalu, dia mula membuka buah bicara dan cerita semuanya
aku menangis kegembiraan mendengarnya
kau suruh aku menyimpan berita gembira ini dahulu
kerana ianya tidak rasmi lagi kerana keputusan A-Level tidak keluar lagi
tapi. aku tidak mampu menyimpan berita gembira ini
aku beritahu orang lain supaya
orang tersebut turut mendoakan kejayaan kau
aku harap. kau faham .
13 Ogos 2013
tarikh keramat bagi dirimu
just a slight mistake can tear you in pieces maybe
this date has bring you to a brand new day
Indeed
Alhamdulillah, syukur kepada Allah
sekarang baru kau tahu bertapa kuatnya kau
bertapa hebatnya kuasa Allah
Allah mendengar doa doa kami semua
ramai orang mendoakan kau
aku hampir tidak percaya
selepas apa yang kau harungi, aku jadi terharu dan sebak
Kau sebenarnya lebih kuat dari apa yang kau fikirkan
kau cuma perlukan motivasi yang tinggi
kerana kau terlalu suka memandang rendah terhadap diri sendiri
kau lepas syarat A-Level
I can easily say to you
"you are now a medical student regardless what happen"
I'm proud of you
selepas tarikh itu, macam macam perkara yang berlaku
perkara yang menggembirakan semestinya,
haha, aku hampir tergelak memikirkannya
kau ibarat pisang goreng
MARA atau JPA ?
Belgaum atau Manipal ?
pening kepala memikirkan
walau apa pun, aku sokong mana mana pun,
semuanya berlaku tanpa diduga
benar , Allah itu pemberi rezeki
bukanlah manusia
aku selalu ingatkan kau
"Have Faith !!!!"
aku tak jemu ulang perkataan itu pada kau
cuba kau semak semula mesej mesej yang pernah aku berikan kepada kau
tidak sah kalau tiada "Have Faith"
haha :p
Sekarang perjalanan kau sudah bermula,
dahulunya ianya kejayaan yang tertangguh
dahulunya, Allah mahu menguji kau
dahulunya, Allah mahu menunjukkan bahawa bertapa kuatnya kau
dahulunya, Allah mahu engkau mencari minat sebenar
Alhamdulillah, aku kira engkau sudah melepasi tahap itu
In Shaa Allah
I want you to know
your success is my part of succes :D
"And He gave you from all you asked of Him.
And if you should count the favor of Allah ,
you could not enumerate them. Indeed, mankind is [generally] most unjust and ungrateful" 14.34
meet you this September in India regardless anywhere you go
hargai masamu di Malaysia, kerana anda mungkin HOMESICK , hahahaha.
Assalamualaikum :D
No comments:
Post a Comment