Assalamualaikum *sambil mengunyah kerepek ubi
so, saya baru balik dari satu program Ilmu
Anda Bijak Jauhi Zina(ABJZ)
anjuran Raudhatus Sakinah
Alhamdulillah, best program ni
mcm2 ilmu yg saya dpt yg ingin dikongsikan :)
okay mari start bercerita tentang program ini :
FORUM CINTA :
baca je tajuk ni semua terbeliak bijik mata kan ? hahaha
eksaited je nak dengar
nak nak yg tengah belajar ni
semua nak kawen awal, muahahahaha
betul ke niat kita tu nak kawen awal tu sbb nak elak zina ?
*cuba fikirkan balik ? *
okay, basically panel forumnya ialah
Kak Wardina, Bro Sham Kamikaze and Ustaz prof Mohd Noor (x silap namanya)
rasa cam kena lempang bertubi tubi sampai berbirat bila dengar forum ni sebenarnya
so, saya simpulkan apa yg saya ingat lah ehh, sbb tak semua saya ingat
pengisiannya sgt menarik, mana taknya lepas dgr forum ni
banyak luka luka dan lebam lebam pipi ini
pap pap pap *lempang kanan dan kiri
Abg Sham ada cakap camni :
selalu org bagi hadis nak kawin awal yang berbunyi seperti
Rasulullah bersabda : Barang siapa diantara remaja yang berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. (HR Ibnu 'Addi)
yes! mmg
tapi.....
mereka lupa, nabi juga pernah bersabda :
ermmm, saya tak ingat hadisnya mcm mana, tapi dia mcm ni bunyinya
'ada seorang pemuda berjumpa Rasulullah dan bertanya, sesungguhnya dia ingin berkahwin, tapi Rasulullah kata adakah dia sudah mampu ?"
something like that lah, sbb saya pon tak berapa nak ingat sgt, tp bunyinya mcm tu
so, mampu kat sini memberi penekanan kepada banyak aspek seperti :
ilmu, material, fizikal, batiniyyah, dan banyak lg
yg plg penting sebagai seorang student, mampu ke kita nak sara anak dara org ?
dan Abg Sham jugak ada cerita pasal ada sepasang pasangan muda ni
mereka nak berkahwin dan pada hari itu, mereka dijadualkan untuk menghadiri kursus kawin
sewaktu untuk membayar yuran kursus tersebut,
yg si bakal pengantin pergi ke ATM untuk mengeluarkan duit
tetapi sedihnya, dlm bank hanya ada RM35 sahaja,
kalau nak bayar duit kursus kawin pon takde camne nak kahwin ?
and the rest banyak lagi lah
*semua yg diperkatakan diatas adalah berdasarkan forum semalam, saya tiada sebarang bantahan atau sokongan mana2 idea yg dilontarkan, mana yg betul saya ikut,mana yg salah jadikan sempadan, Allahu Alam*
NASYID
So,semalam ada persembahan dr kumpulan nasyid
Inteam
edcoustic
hafiz hamidun
jef ibrahim
Imam Muda Najdi
mcm mcm lagu nasyid yg dibawakan, sangat bertenaga
huhuhu, first time jumpa Inteam secara live
*mmg excited gila, selama ni dengar kat henpon je lagu dorg*
Imam Muda Najdi tidak kurang hebatnya
lead solat taubat, tahajjud, hajat dan Suboh
suara beliau sangat lunak dan merdu
seronok je solat td
best best
wish to be like him or better
and ada jugak bacaan ikrar semperna tahun baru,
tepat pukul 12 malam 31 dec 2012
waktu bacaan ikrar tu,
hati saya tetiba jadi sebak
bulu roma naik
rasa cam nak nangis
sebab teringatkan dosa2 yang saya lakukan sepanjang hidup ini
tapi Allah masih bagi peluang untuk memperbaiki diri
mengejar syurganya untuk hidup di 2013
rasa tak layak sgt masih diberi peluang nak dibandingkan dgn org lain yg jauh lebih bagus
tapi itulah, Allah sgt sayangkan hamba hambaNYA
and the rest was still good
excited banyak artis2 join untuk program ni
secara tak lansung membuatkan ramai2 pemuda rasa dihargai kerana artis pon turut serta meraikannya
PENUTUP PROGRAM :
Tadi ada buat aktiviti Fun and Games
hohoho
seronok, since semua aktiviti meransang kecerdasan minda dan akal
ada satu aktiviti, BREAK CLAP namanya
ohh, sungguh awesome bila semua peserta dpt buat clap tersebut dgn serentak
bunyi tepukan tu pon sedap
*meh sini jom kita buat sama2*
*gian nak buat break clap lepas dr program tersebut*
Then before that sebenarnya ada Solat Dhuha
di Imamkan oleh Imam muda Hassan
after that Imam ada bg talk pasal solat Dhuha
banyak sebenarnya kelebihan dan fadhilat solat dhuha ni sebenarnya
antaranya yang saya ingat :
1)dimurahkan rezeki
2)dilindungi Allah
3)jaminan segala keperluannya dicukupkan merujuk keada hadis :
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
4)sebagai sedekah merujuk kepada hadith :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
dan banyak lagi
kami juga disajikan persembahan Nasyid dari UNIC
arghhh, seronok dpt dengar UNIC buat persembahan
antara zikir yg dipersembahkan :
Yahanana, doa dhuha, dan doa rabhitah
okay, dengan itu saya rasa ini je kot yg saya mampu menulis
walaupon pengalaman saya melalui sendiri program ini lagi besar dan luas dari apa yg saya ceritakan
tapi ampunilah khilaf saya yang sering lupa dan lemah
In Shaa Allah, kalau ada masa program tahun depan kita pergi lagi
ramai ramai, BARU SYOK (Y)
okay okay, nak akhiri entry ini dengan satu ayat al-quran :
“Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan, senda gurau yang melalaikan, perhiasan, saling berbangga diri di antara kalian dan saling berlumba untuk memperbanyak harta dan anak.” (Al-Hadid : ayat 20)
Assalamualaikum
HIDUP. MATIKU. HANYA. UNTUKMU