Saturday, May 18, 2013

Manipal, India (Part 1)

Assalamualaikum,
,*fuhhhhhhh* tiup habuk
lama sangat dah ni tak update blog
okay taknak ambil masa yang lama 
so, harini dah 2 bulan sehari kat sini ( 19.5.2013)
fuhhh, sekejap je masa berlalu

dalam masa masa ni Allah dah banyak mengajar tentang erti hidup di perantauan
serious, tak sama perasaan dia kalau study dalam negara dgn luar negara
perasaan dia tu lain
setiap hari kena berperang dengan mcm mcm perasaan
rindu, sunyi, malas nak study, nak tido je hari hari, nak makan je 24 jam, stress, mengantuk bila study, bukak buku tak paham rasa nak tutup balik, sambung tido (ada masa nak tido ke ?)
dan mcm mcm perasaan lagi ?

Tapi ingat,bila perasaan tu dtg hinggap kat kita, so apa yang kita kena buat ?!!!!
muhasabah balik diri
kenapa Allah hantar aku kat sini ? kenapa Allah berikan aku situasi sebegini
saja saja ke ? atau saja nak tengok hambaNya sengsara ? 
cisssss *pantas betul hati kau berkata sebegitu *
tidak!!!!! tidak mungkin sekali !!!!!
Allah sayang hamba hambaNya, ujian yg diberi itu adalah tanda dia sayang pada hamba2Nya
bak kata akhi Nadzrin:
"Allah suka test kita, makin tinggi ujian kita, makin tinggi qualification kita."

study, sebenarnya okay. serious, setakat ni tak rasa stress lagi study, mungkin sbb mula mula atau entah
cuma benda yang paling susah nak kawal adalah "perasaan rindu" pada 
ibu abah dan semua keluarga
kawan kawan
kat sini tak dpt rasa lagi mcm suasana kat KTT
lain sangat, hurmm. malas nak citer.
saya memerlukan motosikal, tapi saya tak berani nak bawak motor
kawan kawan kat sini Alhamdulillah okay, semua baik baik
cuma rindu kat kawan KTT dulu, yelah sama sama berjuang dulu
mana mungkin ana boleh lupa ? ye dok ?
banyak sangat kenangan

banyak sangat nak citer ni, tp masa sangat mencemburui, 
nak sambung study, esok exam
ohh, ye. sebagai medic student, setiap minggu ada exam, 
tp In shaa Allah, kalau study konsisten, in shaa Allah boleh
tak boleh malas, tak boleh berputus asa
sbb itu punca kegagalan
papepon, I love this course (Medic)
mungkin sebab minat dari kecik
so, seronok je bila belajar
Alhamdulillah
doakan perasaan ni terus istiqamah

Ohh ye, minggu depan dah start Block Examination 1 (hari isnin)
habis 31st May. doakan ana ye semua.
ye ....masa cepat sgt berlalu, dah final exam block 1 dah..
tak sedar sgt, sini busy sangat.. tp I like this kind of busy. haha

 Assalamualaikum, semoga ketemuan lagi. 
In shaa Allah , akan merajinkan diri untuk update blog ni 
papepon nak share satu ayat hasil dari usrah semalam dgn Ikhwah :

Al-Baqarah 286

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"."