Friday, August 24, 2012

Munafik ke aku ?

Assalamualaikum
pernah tak rasa diri ini hina, teruk, caci, munafik, syirik dan sebagainya ?
pernah tak ? pernah ?
ehh pernah.. bagus..hohoho
sbb kalau tak rasa mcm tu bahaya jugak sbb kita bukannya diciptakan sebagai seorang yg sempurna, sentiasa ada cacat celanya
tapi janganlah sbb mentaliti kita ni yg hina, yg tak perfect, yg tak bagus, yg tak hensem, yg tak jantan
 *tetiba dah start merepek
membuatkan diri kita terlalu selesa
so, kalau dah jadi terlalu selesa, takde benda nak buat kita eager nak berubah
kan ?kan ? alaaa tolong lah setuju
So, mmg kita ni hina pon, caci disisi Allah
sepandai mana, sekaya mana, sebesar mana pangkat kita
TETAP kita hina disisi pencipta kita
sbb tulah kita disuruh untuk memuji kebesaranNya, mendekatkan diri kita kepadaNya
supaya kita sentiasa rasa dekat dengan Maha pencipta kita Allah SWT

"Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hambaNya selama nyawanya belum sampai di kerongkong" 
(Hadis Riwayat Tarmizi)


Ya Allah kasihnya Allah terhadap kita sampai saat nyawa sampai kerongkong pon Allah terima taubat kita
pernah tak kita terfikir bertapa Allah rindukan kita menangis pada dia memohon keampunan,
mengakui kesalahan dan bertaubat nasuha terhadap apa yg kita lakukan selama ni
Allah tu maha penyayang pemurah lagi maha adil

Maybe dulu kita berperangai seghupo "tuttttt" sbb:

 1)faktor usia yg tak berapa nak mahu ambil tahu 
2)faktor sekeliling yg tiada suasana Islam tu sendiri
3)faktor family yg kurang pendedahan terhadap Islam
4)faktor rakan yg tiada mengajak kepada Islam
5)faktor tarbiyah yg diterima, maybe takde siapa berdakwah kat kita

So, nampak tak... jangan takut ..Allah tak skeptikal mcm kita kita semua yg suka menjudge orang
Allah lebih mengetahui perkara yg kita tak tahu
Allah tak sarcastic... mcm orang sekeliling kita yg suka mengkeji kita
Allah SWT sentiasa memahami keadaan hambaNya yg lemah
InsyaAllah selangkah kita cuba berubah menuju Islam, selangkah kita ke syurga
bukankah itu tujuan kita hidup di dunia ni ?
 menuju kasih sayang Allah

Setinggi gunung dosa yang dilakukan dan sebesar laut kejahatan yang telah dilakukan,
 namun segeralah bertaubat kerana rahmat dan kasih sayang Allah meluas umpama langit yang tiada penghujungnya. 
Yakinlah bahawa Allah itu maha pengampun.
 Penerima taubat hamba hambanya

Orang selalu confuse betul ke kalau nak berubah kena terus pakai tudung labuh, pakai hand sock, pakai stoking, pakai itu, pakai ini
ehhh, tak tak... take a slow step
I mean ada orang yg tak boleh mcm tu, 
sbb dia akan rasa terkejut
tapi kalau boleh buat camtu
"BIG CLAP"
baguslah, tak semua orang ada semangat yg mcm tu
maybe first step kita boleh bersihkan hati kita dulu
cuba kenal Allah
slow slow
pastu lama lama insyaAllah secara tidak lansung kalau kita dah kenal Islam yang sebenar mesti semua benda yg berpaksi kepada Islam kita nak buat
seperti :

menutup aurat -cover the chest, cover the feet, cover the hand
menjaga pandangan-rasa malu dan bersalah bila duduk laki pompuan sekiranya tiada urusan penting
menjaga percakapan - malu nak mencarut, malu nak cakap benda sia sia and so on
husnuzon- sentiasa bersangka baik pada orang lain
sabar-sentiasa bersabar atas ujian Allah dan ragam manusia

dan banyak lagi, InsyaAllah hati kita pasti akan terbuka untuk menerima keindahan Islam

Siapa tahu si bedah(tiada kaitan dgn yg hidup dan mati) yg dulunya kaki disko jadi ustazah lani

si Sood (tiada kaitan dgn hidup dan mati) yg dulunya mat rempit jd pendakwah you tube lani

haaaaa, hati manusia kita tak boleh nak jangka
Hidayah tu semuanya milik Allah
so, kalau nampak kawan kawan kita yg cuba untuk berubah tu
jangan lah nak skeptikal sgt and bash dia
"si Peah tu aku tengok sekarang ni bukan main cakap tak serupa bikin dia pon sama jugak"
"si Samdol tu dulu suka bergossip dgn aku, tp sekarang dia dah berubah, hipokritnya"
bla bla bla
sepatutnya kita support dorang dorang tu
peranan sekeliling mmg penting, please jangan provoke orang yg cuba nak membawa dirinya mengenal Allah
tolong tolong, takut anda semua tergolong dlm golongan yg syirik
ehh, banyak nya ana berkata kata
yes, diri yang bercakap ni pon kadang kadang cakap tak serupa bikin
kadang kadang ada je dosa yg dibuatnya tanpa sedari dan secara sedar,
sbb apa..
sbb ana bukan Nabi, bukan rasul, bukan tuhan
tapi taubat tu penting

I think, benda ni kot nak cakap. Sbb otak dah tangled dah ni
tak tahu nak cakap apa dah
hahaha
InsyaAllah jika diberi ruang dan masa, diberi nafas , diberi nyawa
suka sekiranya ana menaip lagi menyebarkan jasa untuk ummat
walaupon diri ni tak bagus mana pon
cakap je lebih.. 
but i always try to make myself lots better than yesterday 
bukan untuk manusia, tapi untuk Allah

ni ada jawapan untuk semua persoalan antum semua

 last but not least 

Izinkan ana mencoret satu ayat dari Surah An-Nisa ayat 17

Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

No comments:

Post a Comment